Thursday, 2 February 2012

Latihan Khas untuk Murid Kelas 4 Kreatif

Latihan 1:
Nyatakan jenis kata adjektif yang berhuruf condong dalam petikan di bawah ini :

Pasukan Harimau Malaya semakin hebat (         ). Pada tahun 2011 yang lalu, pasukan  yang dianggotai oleh pemain muda (       ) negara ini telah memperoleh pingat emas dalam Sukan Sea yang ke-24. Pasukan yang memakai jersi merah dan biru (        ) ini menjadi kebangaan negara. Rakyat Malaysia bangga (        ) akan kejayaan pasukan tersebut yang menewaskan pasukan Indonesia. Pasukan negara menang bukan kerana bola tersebut bulat (       ). Pasukan Malaysia menang kerana pemain negara lincah dan tangkas. (       ) Walaupun pasukan lawan mendapat jaringan awal (     ), pasukan negara tetap dapat menewaskan mereka. Kemenangan yang dicapai ini membawa kenangan manis (      ) kepada semua pemain negara. Berita tentang kejayaan pasukan negara ini telah mendapat liputan yang luas (       )  oleh media tempatan. Walaupun jauh (       ) dari tempat tinggal, rakyat Malaysia yang berada di Indonesia tetap berkunjung ke Stadium Bung Karno untuk memberikan sokongan.


Latihan 2:
Kenal pasti kata adjektif yang terdapat dalam petikan dan nyatakan jenis kata adjektif tersebut. Tulis jawapan anda  di dalam jadual yang disediakan.


Cara untuk menentukan kata adjektif
Letakkan kata penguat amat , sangat atau sungguh di hadapan atau di belakang kata tersebut.



Walaupun panas, saya tetap akan menyertai latihan bola sepak pada petang ini. Oleh sebab rumah saya dekat dengan sekolah, saya akan datang ke sekolah lebih awal. Sebagai pemain yang gigih, saya mesti berlatih dengan bersungguh-sungguh. Saya suka akan permainan bola sepak sejak pasukan Harimau Muda mencapai kejayaan yang cemerlang dalam Sukan SEA ke-24. Oleh itu, saya perlu berlatih lebih awal supaya tendangan saya semakin kencang dan larian saya semasa menggelecek semakin pantas.. Oleh sebab padang sekolah kami tidak lebar, kami telah berlatih di padang Majlis Bandaran. Untuk meningkatkan kemahiran mengawal bola, kami menggunakan bola ragbi yang lonjong sebagai latihan. Pasukan kami telah memilih jersi yang berwarna kuning sebagai warna utama.Jika pasukan bola sepak sekolah saya mencapai kemenangan, nama sekolah saya sudah tentu menjadi harum.

Jawapan:
Kata adjektif
Jenis
Kata adjektif
Jenis
1.

6.

2.

7.

3.

8.

4.

9.

5.

10.



No comments:

Post a Comment