BENTUK
1. Bebas.
2. Terdapat 5 rangkap.
3. Rima akhirnya bebas, iaitu mengikut jumlah baris:
· Rangkap 1 terdapat 4 baris ayat. Rima akhimya abcd.
· Rangkap 2 terdapat 5 baris ayat. Rima akhirnyanya aabab.
· Rangkap 3 terdapat 5 baris ayat. Rima akhirnya abbcc.
· Rangkap 4 terdapat 5 bads ayat. Rima akhirnya aaabb.
· Rangkap 5 terdapat 7 baris ayat. Rima akhirnya abaccaa.
MAKSUD
Rangkap 1
Bahasa Melayu tetap bersemadi di sanubari orang Melayu. Bangsa Melayu
sememangnya terkenal sebagai bangsa yang berbudi bahasa, setia dan amanah.
sememangnya terkenal sebagai bangsa yang berbudi bahasa, setia dan amanah.
Rangkap 2
Bahasa dilihat sebagai simbol maruah bangsa yang perlu dipertahankan agar terus kukuh dan menjadi keutamaan dalam banyak hal. Bahasa hendaklah digunakan dengan sebaik mungkin terutama dalam usaha mengeratkan hubungan silaturahim.
Rangkap 3
Para cendekiawan dan penggiat bahasa terus berjuang untuk mendaulatkan bahasa. Sebenamya setiap orang perlu memainkan peranan ini tidak kira di mana-mana sahaja mereka berada.
Rangkap 4
Suatu ketika dahulu, bangsa Melayu pernah mencatat sejarah sebagai pelayar hebat. Mereka begitu berani menjelajah dari sebuah pulau ke sebuah pulau dan dari sebuah benua ke sebuah benua yang lain. Dari situ bahasa Melayu mula tersebar.
Rangkap 5
Bahasa Melayu tetap di hati. Dalam masa yang sama, bahasa Melayu mula diiktiraf oleh masyarakat antarabangsa. Bangsa Melayu turut dikenali. Kini bangsa Melayu menempa kejayaan demi kejayaan.
TEMA
Semangat cinta akan bahasa Melayu. Bahasa Melayu perlu dimartabatkan supaya mampu bersaing dengan bahasa-bahasa yang lain. Peranan ini perlu dimainkan oleh semua pihak.
PERSOALAN
1. Kepentingan memartabatkan bahasa Melayu. Bahasa Melayu perlu dimartabatkan di negara ini.
2. Perjuangan memartabatkan bahasa Melayu. Perjuangan memartabatkan bangsa dan bahasa dipertanggungjawabkan kepada semua orang Melayu.
3. Sejarah kegemilangan Bahasa Melayu. Bahasa Melayu mempunyai sejarah kegemilangannya yang tersendiri.
4. Kepentingan Bahasa Melayu sebagai alat komunikasi. Bahasa Melayu berperanan sebagai alat komunikasi yang penting.
NADA
Patriotik. Cinta akan tanah air.
GAYA BAHASA
1. Penggunaan ayat yang pendek-pendek.
Contohnya :
setia dan amanah
2. Diksi – Pemilihan perkataan yang mudah difahami dan puitis.
Contohnya:
warga yang berbudi
3. Aliterasi.
perulangan konsonan “m”
Contohnya :
hak bangsaku memilikimu
4. Asonansi perulangan vokal “a”.
Contohnya:
Sejarah bangsa mencatatkan kegemilangan
5. Sinkope.
Contohnya:
mu, ku, tak
6. Metafora.
Contohnya:
lautan bijaksana, mutiara silam, lagu bahasamu
7. Perlambangan.
Contohnya:
pejuangku, pelautku, pulau
8. Personifikasi.
Contohnya:
bahasaku mencengkam, suaramu tumbuh.
9. Anafora.
Contohnya:
hak bangsaku memilikimu
hak bangsaku mendaulatkanmu
10. Epifora.
Contohnya:
hak bangsaku memilikimu
hak bangsaku mendaulatkanmu
NILAI
1. Bersopan santun. Penggunaan bahasa yang betul membolehkan nilai budi bahasa dapat dilahirkan dalam kornunikasi.
2. Kesetiaan. Apabila memartabatkan bahasa, kita dapat menunjukkan kesetiaan kepada bangsa.
3. Amanah. Warisan bangsa perlu dipertahankan kerana usaha ini merupakan satu amanah yang perlu dilaksanakan.
4. Kasih sayang. Sebagai bangsa yang bertanggungjawab, kita mestilah kasih dan cinta akan bahasa kita sendiri.
5. Bersatu padu. Penggunaan bahasa yang sama dalam kalangan rakyat dapat memupuk nilai bersatu padu.
6. Kegigihan. Kita mestilah memastikan bahasa Melayu terus digunakan. Sifat ini penting agar penggunaan bahasa Melayu dapat diteruskan.
PENGAJARAN
1. Kita hendaklah mencintai bahasa Melayu dengan sepenuh jiwa.
2. Kita hendaklah bertanggungjawab untuk mempertahankan dan memartabatkan bahasa Melayu dalam semua keadaan.
3. Kita perlu berusaha gigih untuk mendaulatkan bahasa Melayu.
4. Kita mestilah memartabatkan bahasa Melayu supaya berkembang dan mendapat perhatian masyarakat dunia.
No comments:
Post a Comment