Showing posts with label Rumusan. Show all posts
Showing posts with label Rumusan. Show all posts

Monday, 13 February 2012

Latihan Rumusan untuk Murid kelas 5 Rajin, 4 Kreatif, 4 Sabar dan $ Sayang

Latihan 2 - Perpaduan
“Baca petikan di bawah dengan teliti. Kemudian buat satu rumusan tentang usaha-usaha untuk mengekalkan perpaduan kaum di negara kita  dan kepentingannya.. Panjang rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.”

Langkah Kementerian Pengajian Tinggi mewajibkan semua pelajar ijazah pertama institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dan swasta (IPTS) mengambil mata pelajaran baru, iaitu Hubungan Etnik merupakan sebahagian daripada usaha untuk mengurangkan polarisasi antara kaum di negara ini.Kita menyambut baik langkah itu kerana usaha ini dapat menyumbang  kepada kefahaman antara kaum dan seterusnya mewujudkan hubungan yang lebih baik di kalangan penduduk di negara ini lebih-lebih lagi memandangkan generasi muda merupakan golongan yang mencorakkan masa depan negara. Bagi kita, apa-apa sahaja usaha yang boleh meningkatkan perpaduan negara wajar disokong kerana perkara ini merupakan suatu perkara pokok demi keamanan, pembangunan dan kemajuan negara. Walaupun pihak universiti telah menjalankan pelbagai program kurikulum dan kokurikulum yang melibatkan pelbagain kaum,kita berharap bahawa baik pelajar-pelajar IPTA mahupun IPTS menyambut baik dengan mata pelajaran baru ini dengan memahami matlamatnya adalah untuk kebaikan semua penduduk negara ini supaya terus harmoni pada masa akan datang.

Dalam hal ini, adalah wajar untuk kita ingat bahawa mata pelajaran Hubungan Etnik bukan saja bertujuan bagi menambahkan pengetahuan atau lulus peperiksaan, tetapi subjek ini wajar dipelajari dalam kerangka fikiran positif dengan kesedaran terhadap kepentingan soal perpaduan negara. Walau bagamainapun, pengenalan mata pelajaran Hubungan Etnik harus dilihat dalam konteks yang betul kerana cara ini bukannya azimat bagi mengatasi polarisasi kaum yang timbul baik di kampus mahupun dalam masyarakat. Polarisasi kaum masih menjadi masalah dan akan bertambah buruk jika tidak diperkenalkan banyak lagi usaha untuk mengatasinya.

Kementerian Pelajaran dan Kementerian Pengajian Tinggi sudah berusaha dengan memperkenalkan pelbagai pendekatan. Antaranya termasuklah pengenalan program Sekolah Wawasan yang menempatkan tiga buah sekolah berlainan kaum dalam satu kawasan dan mewajibkan pelajar berlainan kaum tinggal dalam satu bilik asrama.Tetapi, kita percaya bahawa usaha itu masih tidak mencukupi dan untuk benar-benar mengatasi masalah ini, usaha ini memerlukan komitmen semua etnik di negara ini daripada pelbagai sudut kehidupan. Kita tidak wajar menyuruh pelajar-pelajar supaya memperbaik hubungan antara kaum dalam kehidupan mereka jika masyarakat di peringkat dewasa tidak melakukannya secara menyeluruh. Jadi, masyarakat mestilah menunjukkan contoh kepada anak mereka dengan cara mereka menjalinkan hubungan melalui pelbagai aktiviti.

Perkara sebenar yang berlaku dalam masyarakat hari ini pada keseluruhannya masih berbentuk polarisasi kaum. Di taman-taman kediaman umpamanya, masing-masing kaum bercampur dalam kalangan mereka sahaja. Pelajar yang belajar di sekolah juga mengikut kaum masing-masing. Pelajar sepatutnya ditempatkan dalam satu kelas yang terdiri daripada pelbagai kaum. Begitu juga halnya di universiti, mereka sepatutnya diletakkan dalam satu kelas tutorial atau kerja kumpulan yang ahlinya terdiri daripada pelbagai kaum. Apabila mereka bekerja nanti, setiap kaum mestilah mempunyai peluang untuk berkerja di tempat yang terdiri daripada pelbagai kaum. Dalam bidang media pula, setiap kaum, kalau boleh, mestilah membaca akhbar dan menonton saluran televisyen yang sama. Tanpa pergaulan yang tulen dan semula jadi, akan mudah timbul rasa syak wasangka kerana tidak mengenal budaya dan psikologi kaum masing-masing. Sebagai akibatnya, sensitiviti mudah tersentuh dan salah faham mungkin timbul hingga menyebabkan perkara-perkara yang tidak wajar tercetus dengan begitu saja.  Dalam hal ini, Ibu bapa Malaysia perlu sedar tentang kepentingan hubungan baik antara kaum ini supaya mereka boleh menggalakkan anak-anak bercampur gaul dengan kaum yang lain. Tegasnya, pengenalan mata pelajaran Hubungan Etnik di universiti merupakan satu usaha yang bersifat pelengkap untuk memperkukuh perpaduan di negara kita.

(Dipetik dan diubahsuaikan daripada rencana Lidah Pengarang, Usaha Tingkatkan ubungan Kaum,Utusan Malaysia, 19 Julai 2004)

Soalan 2: Pemahaman

Soalan 2(a) Petikan Umum


Berdasarkan petikan soalan 1, jawab soalan-soalan berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.

i. Apakah maksud rangkai kata mengurangkan polarisasi antara kaum ?
 [2 markah]
ii. Nyatakan kesan yang akan timbul jika perpaduan negara tidak dipelihara?
 [3 markah]
iii. Pada pendapat anda, apakah program-program yang perlu diadakan supaya perpaduan negara sentiasa terpelihara dan semakin kukuh?
[4 markah]



Saturday, 14 January 2012

Modul C – G dalam penulisan rumusan Oleh Abdul Ghalib bin Yunus

Modul Cikgu Ghalib atau Modul C  - G ialah satu panduan terarah yang dirangka untuk membimbing murid menulis rumusan mengikut langkah demi langkah dengan bimbingan guru. Modul ini sesuai digunakan untuk murid sederhana dan lemah. Bagi murid yang cemerlang, mereka boleh menggunakan modul ini pada peringkat awal sahaja, Selepas mereka memahami teknik penulisan rumusan, mereka tidak perlu menggunakan Modul C – G ini.

Sebelum menggunakan modul ini, murid perlu mengetahui beberapa konsep yang berkaitan dengan rumusan. (Sila baca `Pabduan Menulis Rumujsan SPM)

Contoh melaksanakan Modul C – G dalam Pengajaran dan Pembelajaran Rumusan:

Langkah 1: Membina Pengenalan
·         Murid membaca soalan rumusan dan petikan kemudian mereka melengkapkan jadual di bawah ini:
Pengenalan:
Elemen 1
Elemen 2
Elemen  3
Elemen 4





·         Murid menyambungkan semua elemen tersebut dalam ayat yang lengkap.

Langkah 2: Membina Perenggan Isi Tersurat
·         Murid membaca petikan dan mengenal pasti enam (6) isi penting berdasarkan kata kunci soalan.
·         Murid mengisikan setiap isi penting tersebut di dalam jadual yang di bawah ini.
Kata kunci + nya ialah:

Selain itu,

…. Juga….

Di samping itu,

Seterusnya,

Bukan itu sahaja,

Akhir sekali

·         Murid menyambungkan semua ayat tersebut dengan menggunakan penanda wacana dalam satu perenggan.

Langkah 3: Membina Perenggan Isi Tersirat
·         Dengan bimbingan guru, murid diminta untuk mencari isi berdasarkan kata kunci yang terdapat dalam bahagian kedua soalan rumusan.
·         Murid hendaklah melengkapkan jadual di bawah ini:
Kata kunci + (tema)+ ialah

Selain itu,


Langkah 4: Membina ayat kesimpulan
·         Murid membuat kesimpulan dengan mengisi tempat kosong yang di bawah ini:
Kesimpulan:
Elemen 1:

Elemen 2:

Elemen 3:

Elemen 4:

Elemen 5:

Elemen 6:

Elemen 7:



·         Murid menyambung semua elemen tersebut dalam ayat yang lengkap seperti yang di bawah ini.

(1)Kesimpulannya, (2)______________ (3) perlu (4)___________________(5)
______________________ (tema) (6) supaya (7) ______________________.

Langkah 5: Menulis Rumusan lengkap
Murid  menulis rumusan yang terdiri daripada empat perenggan .

Panduan Menulis Rumusan SPM


  • Soalan 1 dalam Kertas 2 Bahasa Melayu SPM.
  • Soalan ini memperuntukkan tiga puluh (30) markah.
  • Dari segi binaan perenggan, murid bebas menulis rumusan sama ada dalam satu, dua, tiga, atau empat perenggan. Namun demikian, murid dicadangkan supaya menulis rumusan dalam empat (4) perenggan seperti yang di bawah ini:

PERENGGAN 1 --- PENGENALAN
PERENGGAN 2 --- ISI-ISI TERSURAT
PERENGGAN 3 --- ISI-IS1 TERSIRAT
PERENGGAN 4 --- KESIMPULAN

  • Dari segi bilangan perkataan pula, murid  dikehendaki menulis rumusan antara 100 hingga 120 patah perkataan.
  • Soalan rumusan mempunyai dua kata kunci atau dua tugasan. Contoh: Buat satu rumusan tentang kepentingan (Kata Kunci 1) mengusahakan pertanian organik di negara kita dan usaha-usaha (Kata Kunci 2) yang perlu diambil untuk memajukannya.
  • Kata kunci yang pertama ialah tugasan untuk menyatakan isi tersurat.
  • Kata kunci yang kedua ialah tugasan untuk menyatakan isi tersirat.
  • Sila lihat bahagian pengenalan, isi tersurat, isi tersirat dan kesimpulan berdasarkan soalan yang di bawah ini: