Tuesday, 14 February 2012

Sajak - Harga Remaja-Khas untuk Murid 4 Kreatif, 4 Sabar dan 4 Sayang

Tema
Nilai usia remaja yang baru mengenali kehidupan

Persoalan
1.Tanggungjawab dalam kehidupan.
·         Contoh : remaja bertanggungjawab menentukan hala tuju kehidupan mereka
2.Hala tuju dalam kehidupan.
·         Contoh : Remaja perlu mengetahui usaha yang perlu dilakukan untuk mencapai pilihan hidupnya

3. Keberanian menghadapi cabaran.
·         Contohnya : Remaja perlu berani menghadapi cabaran untuk berjaya.
4.Kepentingan ilmu pada masa hadapan.
·         Contohnya : Ilmu sangat penting bekalan remaja pada masa depan

GAYA BAHASA

1.Metafora
Penggunaan frasa yang mempunyai dua unsure, iaitu konkrit dan abstrak
Contoh :piala remajamu ( Rangkap 2 , Baris 2)
              madu ajaran (rangkap 2, baris 5)

2.Anafora
 Terdapat pengulangan di awal ayat
Contoh : bagai kehijaun daun( Rangkap 1 , Baris 3,4)
              bagai kesegaran pohon

3.Simile
Terdapat penggunaan gaya bahasa perbandingan
Contoh : bagai kehijauan daun

NILAI

1. Menghargai masa
Contoh : Remaja perlu menghargai masa yang ada.

2. Tanggungjawab
Contoh : Menjadi tanggungjawab remaja untuk menentukan masa depan mereka

3.Keyakinan.
Contoh : Remaja perlu yakin dengan pilihan dan tindakannya.

4. Keberanian
Contoh :Remaja perlu berani membuat pilihan dan membuat keputusan.

5.Rasional
Contoh : Keputusan yang rasional perlu dalam membuat keputusan.

PENGAJARAN

1.      Remaja hendaklah menghargai zaman remaja mereka

2.      Remaja mesti menjaga maruah diri

3.      Remaja mesti mempunyai identiti diri supaya tahu hala tuju mereka

4.      Remaja perlu menggunakan kesempatan yang ada untuk menimba ilmu.

5.      Remaja harus mempunyai pendirian agar tidak mudah terpengaruh.

UNSUR BUNYI

1. Asonansi – pengulangan bunyi vokal

Contoh : bagai kehijauan daun ( pengulangan vokal a ) , ( Rangkap1 , Baris 4 )

2. Aliterasi – pengulangan bunyi konsonan

Contoh : Remaja amat mahal( konsonan m ) , ( Rangkap 3, Baris 1 )


No comments:

Post a Comment