Showing posts with label Pengajaran dan Pembelajaran. Show all posts
Showing posts with label Pengajaran dan Pembelajaran. Show all posts

Saturday, 14 January 2012

Pelajaran Bahasa Melayu pada hari Isnin (16 Jan) dan Selasa (17 Jan)

Pada hari Isnin (16 Januari), cikgu akan mengajarlan rumusan dengan menggunakan Kaedah C - G. Oleh hal yang demikian, murid kelas 4 Kreatif dan  4 Sayang dikehendaki membawa buku latihan rumusan. Pada hari Selasa (17 Jan) pula, muirid Kelas 5 Rajin dan 4 Sabar pula akan mempelajari rumusan. Semua bahan edaran akan disediakan secara percuma.

Tuesday, 10 January 2012

P &P Kelas 5 Rajin (KOMSAS)

Murid-murid Kelas 5 Rajin , esok, sila bawa Antologi `Dirgayahayu Bahasaku'. Kegagalan membawa buku tersebut menyebabkan anda kehilangan 1 markah. Sila baca cerpen `Pahlawan Buntung'. Cikgu akan menggunakan teknik peristiwa. Sila lihat contoh penggunaan `Teknik Peristiwa' seperti yang cikgu jelaskan untuk Kelas 4 Kreatif dan 4 Sayang di bawah.

Wednesday, 4 January 2012

Kaedah Penulisan Karangan 2012

Murid-murid yang dikasihi, cikgu akan menggunakan Kaedah C - G dalam penulisan karangan. Sebelum cikgu menggunakan kaedah ini, cikgu akan menjalankan Ujian Pra. Harap semua murid kelas 5 Rajin, 4 Kreatif, 4 Sabar, dan 4 Sayang bersedia.

Pelajaran pada Hari Khamis (5 Januari 2012)

Kelas 4 Sabar (Pemahaman Komsas/Novel)
Masa: 7.35 – 8.45
Tajuk: Novel Papa (Akhirnya...Kautewas Jua...)
Bahan: Novel (Sila bawa)
Fokus: Peristiwa Penting

 4 Kreatif (Tatabahasa) :
Masa: 8.45 – 9.55
Tajuk: Tatabahasa- Ayat- Subjek dan predikat dan pola ayat
Bahan: Kertas Edaran