Showing posts with label Sajak SPM. Show all posts
Showing posts with label Sajak SPM. Show all posts

Wednesday, 15 February 2012

 Latihan
Harga Remaja
Berapakah sebenarnya harga remaja
yang bersih
dari kelodak kecewa
bagai kehijauan daun
bagai kesegaran pohon
di pinggir perjalanan ini
             
Dengan apakah akan ku penuhi
piala remajamu
adakah cuka kesangsian
dari cinta murah
atau madu ajaran
dari ilmu susah?

Remaja amat mahal  sesungguhnya
tiada terbeli oleh perjanjian
harga remaja adalah pendirian
keberanian dan ilmu
Penuhilah remajamu
dengan ketentuan tuju

    
(i)      Jelaskan maksud rangkap ketiga sajak di atas (2 markah)
(ii)    Pada pendapat anda, mengapakahah remaja perlu menjauhkan diri daripada kegiatan negatif? (3 markah )                                                
(iii)   Nyatakan dua nilai murni yang terdapat dalam sajak di atas                                                                                                                                                                            ( 4 markah)



Tuesday, 14 February 2012

Sajak - Dirgahayu bahasaku - Khas untuk Murid 5 Rajin-sila cetak dan tampal dalam buku Latihan KOMSAS

BENTUK
1.   Bebas.
2.   Terdapat 5 rangkap.
3.   Rima akhirnya bebas, iaitu mengikut jumlah baris:
·         Rangkap 1 terdapat 4 baris ayat. Rima akhimya abcd.
·         Rangkap 2 terdapat 5 baris ayat. Rima akhirnyanya aabab.
·         Rangkap 3 terdapat 5 baris ayat. Rima akhirnya abbcc.
·         Rangkap 4 terdapat 5 bads ayat. Rima akhirnya aaabb.
·         Rangkap 5 terdapat 7 baris ayat. Rima akhirnya abaccaa.

MAKSUD


Rangkap 1
Bahasa Melayu tetap bersemadi di sanubari orang Melayu. Bangsa Melayu
sememangnya terkenal sebagai bangsa yang berbudi bahasa, setia dan amanah.

Rangkap 2   
Bahasa dilihat sebagai simbol maruah bangsa yang perlu dipertahankan agar terus kukuh dan menjadi keutamaan dalam banyak hal. Bahasa hendaklah digunakan dengan sebaik mungkin terutama dalam usaha mengeratkan hubungan silaturahim.

Rangkap 3
Para cendekiawan dan penggiat bahasa terus berjuang untuk mendaulatkan bahasa. Sebenamya setiap orang perlu memainkan peranan ini tidak kira di mana-mana sahaja mereka berada.

Rangkap 4
Suatu ketika dahulu, bangsa Melayu pernah mencatat sejarah sebagai pelayar hebat. Mereka begitu berani menjelajah dari sebuah pulau ke sebuah pulau dan dari sebuah benua ke sebuah benua yang lain. Dari situ bahasa Melayu mula tersebar.

Rangkap 5
Bahasa Melayu tetap di hati. Dalam masa yang sama, bahasa Melayu mula diiktiraf oleh masyarakat antarabangsa. Bangsa Melayu turut dikenali. Kini bangsa Melayu menempa kejayaan demi kejayaan.


TEMA
Semangat cinta akan bahasa Melayu. Bahasa Melayu perlu dimartabatkan supaya mampu bersaing dengan bahasa-bahasa yang lain. Peranan ini perlu dimainkan oleh semua pihak.


PERSOALAN

1.       Kepentingan memartabatkan bahasa Melayu. Bahasa Melayu perlu dimartabatkan di negara ini.
2.    Perjuangan memartabatkan bahasa Melayu. Perjuangan memartabatkan bangsa dan bahasa dipertanggungjawabkan kepada semua orang Melayu.
3.       Sejarah kegemilangan Bahasa Melayu. Bahasa Melayu mempunyai sejarah kegemilangannya yang tersendiri.
4.       Kepentingan Bahasa Melayu sebagai alat komunikasi. Bahasa Melayu berperanan sebagai alat komunikasi yang penting.

NADA

Patriotik. Cinta akan tanah air.


GAYA BAHASA

1.       Penggunaan ayat yang pendek-pendek.
Contohnya :     
setia dan amanah              

2.       Diksi – Pemilihan perkataan yang mudah difahami dan puitis.
Contohnya:  
warga yang berbudi

3.       Aliterasi.
perulangan konsonan “m”
Contohnya :
hak bangsaku memilikimu

4.   Asonansi perulangan vokal “a”.
Contohnya:
Sejarah bangsa mencatatkan kegemilangan

5.    Sinkope.
Contohnya:
mu, ku, tak

6.    Metafora.
Contohnya:
lautan bijaksana, mutiara silam, lagu bahasamu
7.    Perlambangan.
Contohnya:
pejuangku, pelautku, pulau

8.    Personifikasi.
Contohnya:
bahasaku mencengkam, suaramu tumbuh.

9.    Anafora.
Contohnya:
hak bangsaku memilikimu
hak bangsaku mendaulatkanmu
           
10. Epifora.
Contohnya:
hak bangsaku memilikimu
hak bangsaku mendaulatkanmu


NILAI

1.    Bersopan santun. Penggunaan bahasa yang betul membolehkan nilai budi bahasa dapat dilahirkan dalam kornunikasi.
2.    Kesetiaan.  Apabila memartabatkan bahasa, kita dapat menunjukkan kesetiaan kepada bangsa.
3.    Amanah. Warisan bangsa perlu dipertahankan kerana usaha ini merupakan satu amanah yang perlu dilaksanakan.
4.    Kasih sayang. Sebagai bangsa yang bertanggungjawab, kita mestilah kasih dan cinta akan bahasa kita sendiri.
5.    Bersatu padu. Penggunaan bahasa yang sama dalam kalangan rakyat dapat memupuk nilai bersatu padu.
6.    Kegigihan. Kita mestilah memastikan bahasa Melayu terus digunakan. Sifat ini penting agar penggunaan bahasa Melayu dapat diteruskan.

PENGAJARAN

1.    Kita hendaklah mencintai bahasa Melayu dengan sepenuh jiwa.
2.       Kita hendaklah bertanggungjawab untuk mempertahankan  dan memartabatkan bahasa Melayu dalam semua keadaan.
3.    Kita perlu berusaha gigih untuk mendaulatkan bahasa Melayu.
4.       Kita mestilah memartabatkan bahasa Melayu supaya berkembang dan mendapat perhatian masyarakat dunia.

Sajak - Harga Remaja-Khas untuk Murid 4 Kreatif, 4 Sabar dan 4 Sayang

BENTUK

1.Sajak ini mengandungi 4 rangkap.

2. Setiap rangkap mengandungi enam baris.

3. Setiap baris mempunyai maksud yang tersendiri.
           
Contoh :  Yang bersih
    Dari gelodak kecewa

Maksud : Tidak ada pengaruh tidak sihat

4. Setiap baris mempunyai 2 hingga 4 patah perkataan

            Contoh : Berapakah sebenarnya harga remaja  (4 patah perkataan)

5. Setiap baris mempunyai 3 hingga 15 suku kata

            Contoh : yang/ber/sih (3 suku kata)

6. Bentuk sajak ini bebas.

7. Rima akhir berbentuk  abaccd (R1), abcdcd (R2), abcdce (R3), aa (R4)

Contoh : Berapakah sebenarnya harga remaja, a
              yang bersih, b
              dari kelodak kecewa, a
              bagai kehijauan daun, c
              bagai kesegaran pohon, c
              di pinggir perjalanan ini, d
             
 MAKSUD SAJAK : Harga Remaja

Berapakah sebenarnya harga remaja
yang bersih
dari kelodak kecewa
bagai kehijauan daun
bagai kesegaran pohon
di pinggir perjalanan ini
             

Sinonim
1.       Kelodak :  kotoran seperti habuk tanah, lumpur
2.       Pinggir : tepi


Kehidupan remaja yang tidak dipengaruhi  apa-apa.

Dengan apakah akan ku penuhi
piala remajamu
adakah cuka kesangsian
dari cinta murah
atau madu ajaran
dari ilmu susah?

Sinonim
1.       Piala - trofi
2.       Remaja - usia belasan


Penyajak berpesan agar remaja dapat membuat pilihan dengan memilih jalan yang terbaik untuk kehidupannya.

Remaja amat mahal sesungguhnya
tiada terbeli oleh perjanjian
harga remaja adalah pendirian
keberanian dan ilmu

Sinonim
1.       Perjanjian: persetujuan dua pihak
2.       Pendirian: pegangan


Remaja perlu menghargai usia yang dilalui kerana masa yang ada tidak ternilai.

Penuhilah remajamu
dengan ketentuan tuju

Sinonim
1.       Ketentuan:sesuatu yang telah ditentukan
2.       Tuju: arah


Penyajak meminta remaja menilai dan menghargai zaman remaja yang dilalui mereka.

Sajak - Harga Remaja-Khas untuk Murid 4 Kreatif, 4 Sabar dan 4 Sayang

Tema
Nilai usia remaja yang baru mengenali kehidupan

Persoalan
1.Tanggungjawab dalam kehidupan.
·         Contoh : remaja bertanggungjawab menentukan hala tuju kehidupan mereka
2.Hala tuju dalam kehidupan.
·         Contoh : Remaja perlu mengetahui usaha yang perlu dilakukan untuk mencapai pilihan hidupnya

3. Keberanian menghadapi cabaran.
·         Contohnya : Remaja perlu berani menghadapi cabaran untuk berjaya.
4.Kepentingan ilmu pada masa hadapan.
·         Contohnya : Ilmu sangat penting bekalan remaja pada masa depan

GAYA BAHASA

1.Metafora
Penggunaan frasa yang mempunyai dua unsure, iaitu konkrit dan abstrak
Contoh :piala remajamu ( Rangkap 2 , Baris 2)
              madu ajaran (rangkap 2, baris 5)

2.Anafora
 Terdapat pengulangan di awal ayat
Contoh : bagai kehijaun daun( Rangkap 1 , Baris 3,4)
              bagai kesegaran pohon

3.Simile
Terdapat penggunaan gaya bahasa perbandingan
Contoh : bagai kehijauan daun

NILAI

1. Menghargai masa
Contoh : Remaja perlu menghargai masa yang ada.

2. Tanggungjawab
Contoh : Menjadi tanggungjawab remaja untuk menentukan masa depan mereka

3.Keyakinan.
Contoh : Remaja perlu yakin dengan pilihan dan tindakannya.

4. Keberanian
Contoh :Remaja perlu berani membuat pilihan dan membuat keputusan.

5.Rasional
Contoh : Keputusan yang rasional perlu dalam membuat keputusan.

PENGAJARAN

1.      Remaja hendaklah menghargai zaman remaja mereka

2.      Remaja mesti menjaga maruah diri

3.      Remaja mesti mempunyai identiti diri supaya tahu hala tuju mereka

4.      Remaja perlu menggunakan kesempatan yang ada untuk menimba ilmu.

5.      Remaja harus mempunyai pendirian agar tidak mudah terpengaruh.

UNSUR BUNYI

1. Asonansi – pengulangan bunyi vokal

Contoh : bagai kehijauan daun ( pengulangan vokal a ) , ( Rangkap1 , Baris 4 )

2. Aliterasi – pengulangan bunyi konsonan

Contoh : Remaja amat mahal( konsonan m ) , ( Rangkap 3, Baris 1 )