Wednesday, 18 January 2012

Latihan Tatabahasa untuk Kelas 4 Kreatif

Latihan 1
Nyatakan jenis kata kerja yang terdapat dalam ayat-ayat yang di bawah ini berdasarkan kategori yang berikut:

A-    A-Kata kerja tak transitif berpelengkap kata nama
B-    B- Kata kerja tak transitif berpelengkap kata adjektif
C-   C- Kata kerja tak transitif berpelengkap kata sendi nama
D-   D- Kata kerja tak transitif tidak berpelengkap
E-     E-Kata kerja transitif satu objek
F-     F-Kata kerja transitif dua objek
G-    G-Kata kerja pasif diri pertama
H-    H-Kata kerja pasif diri kedua
I-       I--Kata kerja pasif diri ketiga
J-     J- Kata kerja pasif berawalan ber-
K-    K-Kata kerja pasif berawalan ter-
L-     L-Kata kerja pasif berapitan ke-..-an
M-   M-Kata kerja pasif dengan perkataan kena.

Soalan Contoh:
Syarikat yang akan mencetak kad undangan itu syarikat bapa Harun.
Jawapan: E

Soalan:
1.                  Ibu ke dapur untuk membuatkan ayah secawan kopi [   ]
2.                  Kami ke gerai itu semalam untuk minum teh. [   ]
3.                  Jalan yang akan diperbesar oleh mereka ialah jalan utama ke kampung itu. [   ]
4.                  Bola yang kamu tendang itu  ke penjuru kiri gawang gol. [   ]
5.                  Abang saya bekerja sebagai pembantu tadbir . [   ]
6.                  Saya  tidak gentar untuk berdepan dengan beliau kerana saya tidak bersalah. [   ]
7.                  Kamal kecewa kerana  terjawab soalan itu.
8.                  Pak cik masih belum  datang. [   ]
9.                  Rumah yang roboh dilanda ribut itu rumah Kasim.  [   ]
10.              Orang yang  berpelajaran tinggi sangat mudah untuk memperoleh pekerjaan.
11.              Anak saya bercita-cita  untuk menjadi pegawai tentera. [   ]
12.              Dia ke kaunter pejabat itu untuk mengambilkan kami surat. [   ]
13.              Pakaian yang belum berlipat itu pakaian abang. [   ]
14.              Sasterwan Negara itu suka mengarang puisi pada waktu petang. [   ]
15.              Kami sudah membaca novel `Anggerik Ungu’  itu. [   ]
      16.              Pemain yang sedang duduk itu dari kampung Ayer Limau. [   ]
17.          ”Lirik lagu sekolah yang aku cipta ini  sangat puitis,” kata Syamsul kepada Malik. [   ]
18.               Murid itu marah kerana telefon bimbitnya kena rampas. [   ]
19.              Ibunya selalu ke kampung itu untuk berniaga kain batik. [   ]
20.              Mereka kesempitan hidup setelah bapanya meninggal dunia. [   ]
21.              Batu yang  tersepak oleh Kumar sebentar tadi sangat besar. [   ]

No comments:

Post a Comment