Bahasa Melayu bukanlah bahasa yang sukar untuk dipelajari dan dikuasai. Jika dibandingkan dengan bahasa lain di dunia, terutamanya bahasa Arab, bahasa Melayu merupakan bahasa yang paling mudah untuk difahami dan seterusnya digunakan dalam kehidupan. Banyak penutur asing dari luar Negara dapat menguasai bahasa Melayu setelah beberapa bulan atau tahun memperlajarinya. Namun demikian, terdapat juga sejumlah besar pengguna bahasa Melayu yang lambat menguasai bahasa Melayu, khususnya dalam aspek penulisan. Hal ini berlaku kerana mereka tidak berusaha untuk mengenal dan menguasai ayat. Untuk menguasai aspek penulisan, mereka perlu menguasai perkara penting yang berkaitan dengan ayat. Selain mereka perlu mengenal kata, frasa dan klausa, mereka mestilah menguasai empat perkara yang di bawah ini: