Wednesday, 18 January 2012

Kata kerja dalam bahasa Melayu

Kata kerja ialah perkataan yang menerangkan perbuatan seperti makan, berjalan, meminjam, memperbesar, diangkat, dan sebagainya. Dari segi penggolongan, kata kerja terbahagi kepada dua, iaitu kata kerja aktif dan kata kerja pasif.

1.Kata kerja aktif
2. Kata kerja pasif

Kata kerja aktif
Kata kerja aktif ialah kata kerja yang hadir dalam ayat aktif, iaitu ayat yang mengutamakan subjek asal sebagai judul atau yang diterangkan.    Kata kerja jenis ini terdiri daripada kata kerja tak transitif dan kata kerja transitif.
1.      Kata kerja aktif tak transitif
2.      Kata kerja aktif transitid

Kata kerja tak transitif
Kata kerja tak transitif ialah kata kerja yang tidak memerlukan objek sesudahnya.  Kata kerja jenis ini boleh diikuti oleh pelengkap dan unsur keterangan.  Oleh itu, kata kerja tak transitif terdiri daripada dua jenis yang berikut:
1.       Kata kerja tak transitif tidak berpelengkap
2.      Kata kerja tak transitif berpelengkap

Kata kerja tak transitif berpelengkap
Kata kerja tak transitif tidak berpelengkap ialah kata kerja yang dapat berdiri sendiri dalam ayat tanpa objek seperti   datang, roboh, duduk, bekerja, dan berniaga dalam ayat yang berikut:
1.                  Pak cik masih belum  datang .
2.                  Rumah yang roboh dilanda ribut itu rumah Kasim.  
3.                  Pemain yang sedang duduk itu dari kampung Ayer Limau.
4.                  Abang saya bekerja sebagai pembantu tadbir
5.                  Ibunya selalu ke kampung itu untuk berniaga kain batik.

Kata kerja tak transitif berpelengkap
Kata kerja tak transitif berpelengkap ialah kata kerja yang memerlukan pelengkap. Pelengkap tersebut terdiri daripada kata nama, kata adjektif atau kata sendi nama seperti ayat yang berikut:
6.                Orang yang  berpelajaran tinggi sangat mudah untuk memperoleh pekerjaan.(Pelengkap kata adjektif)
7.                  Anak saya bercita-cita  untuk menjadi pegawai tentera.(pelengkap kata nama)
8.                  Saya  tidak gentar untuk berdepan dengan beliau kerana saya tidak bersalah. (Pelengkap kata sendi nama)

Kata kerja aktif transitif pula terbahagi kepada dua, iaitu
1.      Kata kerja aktif transitif aktif
2.      Kata kerja aktif transitif pasif
Kata kerja transitif aktif
Kata kerja transitif aktif ialah kata kerja yang mengandungi objek yang terdiri daripada frasa nama untuk melengkapkan maksudnya seperti  terjawab, minum, mengambilkan, mengarang dan mencetak  dalam ayat yang berikut:
9.                  Kamal kecewa kerana  terjawab soalan itu.
10.              Kami ke gerai itu semalam untuk minum teh.
11.              Dia ke kaunter pejabat itu untuk mengambilkan kami surat.
12.              Sasterwan Negara itu suka mengarang puisi pada waktu petang.
13.              Syarikat yang akan mencetak kad undangan itu syarikat bapa Harun.

 Kata kerja transitif aktif terdiri daripada kata kerja transitif aktif dengan satu objek dan kata kerja transitif aktif dengan dua objek. Contoh kata kerja transitif aktif  dengan satu objek adalah seperti kata kerja `membaca’ dalam ayat yang berikut:
14.              Kami sudah membaca novel `Anggerik Ungu’  itu.
Contoh kata kerja transitif aktif dengan dua objek pula adalah seperti kata kerja `membuatkan’ dalam ayat yang berikut:
15.              Ibu ke dapur untuk membuatkan ayah secawan kopi.

Kata kerja transitif pasif
Kata kerja transitif pasif ialah kata kerja yang terdapat dalam ayat pasif  yang  memberikan penekanan kepada objek asal. Dalam bahasa Melayu, terdapat tujuh kata kerja transitif pasif seperti yang terdapat dalam ayat yang berikut:
16.              ”Lirik lagu sekolah yang aku cipta ini  sangat puitis,” kata Syamsul kepada Malik.(KKP Diri Pertama)
17.              Bola yang kamu tendang itu  ke penjuru kiri gawang gol. (KKP Diri Kedua)
18.              Jalan yang akan diperbesar oleh mereka ialah jalan utama ke kampung itu. (KKP Diri Ketiga)
19.              Pakaian yang belum berlipat itu pakaian abang. (KKP ber-)
20.              Murid itu marah kerana telefon bimbitnya kena rampas. (KKP kena)
21.              Mereka kesempitan hidup setelah bapanya meninggal dunia. (KKP ke-...-an)
22.              Batu yang  tersepak oleh Kumar sebentar tadi sangat besar. (KKP ter-)



Secara keseluruhannya, kata kerja dalam bahasa Melayu terdiri daripada beberapa subgolongan seperti yang di bawah ini:


Sebagai kesimpulannya, pengguna perlulah menguasai kata kerja yang terdapat dalam bahasa Melayu. Apabila pengguna menguasai aspek ini, mereka akan dapat mengujarkan atau menghasilkan ayat yang gramatis.


No comments:

Post a Comment