Soalan: Jenis Watak
Pengarang membentuk pelbagai jenis watak dalam sesebuah novel. Huraikan jenis-jenis watak yang terdapat dalam salah satu novel tersebut.
Jawapan:
Terdapat empat jenis watak yang terdapat dalam sesebuah novel. Wata-watak tersebut ialah ialah watak protagonis, watak antagonis, watak dinamik, dan watak statik. Watak protagonis dalam novel Konserto Terakhir ialah Hilmi. Hilmi berkonflik dengan Datin Salmah yang terlalu mementingkan darjat hingga sanggup menyingkirkan Hilmi dari rumahnya.
Watak antagonis pula ialah Datin Salmah yang sombong dan mementingkan darjat sebagai orang ternama. Datin Salmah benci akan orang kampung yang miskin dan tidak berpelajaran. Hilmi berasa terhina dan berlakulah konflik dengan Datin Salmah. Pada akhir cerita, Datin Salmah sebagai watak antagonis kalah setelah insaf akan perbuatannya yang kejam terhadap Hilmi.
Watak dinamik ialah Datuk Johari yang banyak mengalami perubahan. Kejayaan menjawat jawatan tinggi merupakan suatu perubahan. Begitu jugalah halnya dengan perubahan sifat daripada seorang yang tidak suka akan Hilmi kepada seorang yang penyayang dan insaf.
Watak statik ialah Encik Bakar yang tidak berubah sifatnya. Encik Bakar sayang akan Hilmi. Perasaan sayangnya itu tidak berubah walaupun anaknya, Azizah membenci Hilmi, suaminya.
No comments:
Post a Comment