Soalan:
Anda menyertai pertandingan syarahan yang dianjurkan oleh Unit Bimbingan Kaunseling sekolah anda. Tajuk syarahan yang telah ditetapkan ialah “Langkah-langkah untuk Membasmi Dadah di Negara Kita". Sediakan teks syarahan tersebut dengan lengkap.
Jawapan:
Strategi: T=Pembasmian dadah di negara kita K=Langkah F=Umum | Isi: 1. menghapuskan tabiat merokok dalam kalangan remaja 2. mengawal sempadan negara supaya dapat menyekat penyeludupan dadah ke negara kita 3. pihak mahkamah harus mempercepat perbicaraan kes-kes yang berkaitan dengan dadah. 4. undang-undang harus diperketat dan dikuatkuasakan |
(AF) Selamat sejahtera saya ucapkan kepada Pengerusi Majlis, panel hakim yang arif lagi bijaksana, Yang Berusaha Pengetua Sekolah Menengah Taman Seraya, Penolong Kanan, Penolong Kanan Hal-Ehwal Murid, Guru-guru Kanan Mata Pelajaran, guru-guru dan pelajar-pelajar yang saya kasihi sekalian. (AF) Tajuk syarahan saya pada hari ini ialah "Langkah-langkah untuk Membasmi Dadah di Negara ini".
Para hadirin yang saya hormati sekalian,
(AF) Sebelum saya memulakan syarahan pada pagi ini, izinkan saya untuk menerangkan maksud dadah. (AR) Dadah ialah bahan yang membawa keburukan kepada kita apabila disalahgunakan. (AR) Bahan ini bukan sahaja didapati daripada tumbuhan tetapi juga melalui bahan-bahan kimia. (AR) Antara jenis dadah yang sangat terkenal ialah morfin, ganja, heroin, marijuana, dan banyak lagi. (AR) Yang terbaharu ialah pil ekstasi dan syabu. (AR) Inilah contoh-contoh dadah yang dianggap berbahaya dan merupakan musuh nombor satu negara. Jadi, (AA) apakah langkah-langkah yang perlu diambil untuk membasmi gejala penagihan dan pengedaran dadah di negara kita ini?
Tuan-tuan dan puan-puan,
(AJ) Satu daripada langkah yang dapat diambil untuk membasmi dadah ialah menghapuskan tabiat merokok dalam kalangan remaja. (AH) Usaha ini perlu dilakukan kerana gejala penagihan dadah bermula daripada aktiviti merokok. (AC) Sebagai contohnya, pihak kerajaan perlu mengharamkan penjualan rokok kepada remaja. (AH) Melalui cara ini, remaja akan menghadapi kesukaran untuk membeli rokok. (AH) Selain itu, remaja yang ketagihan amalan ini haruslah dihantar ke klinik untuk membuang tabiat tersebut. (AH) Pihak klinik pula hendaklah memberikan bimbingan kaunseling dan rawatan untuk membantu remaja menghilangkan tabiat merokok. (AP) Tegasnya, tabiat merokok perlu dihindari oleh remaja untuk mengelakkan diri daripada menjadi perokok.
Selain itu, (AJ) pihak berkuasa perlu meningkatkan usaha mereka untuk mengawal sempadan negara supaya dapat menyekat penyeludupan dadah ke negara kita. (AH) Hal ini dikatakan demikian kerana pihak penyeludup menggunakan pelbagai cara untuk menyeludup dadah ke negara kita. (AH) Mereka menggunakan laluan yang kurang kawalan atau sukar dikesan oleh pihak berkuasa. (AC) Sebagai contohnya, pemeriksaan yang ketat perlu dilakukan dengan menggunakan pelbagai kecanggihan teknologi yang dapat mengesan dadah. (AP) Jika pihak berkuasa dapat menyekat penyeludupan dadah ke dalam negara kita, bekalan dadah dapat dikurangkan.
Seterusnya, (AJ) pihak mahkamah harus mempercepat perbicaraan kes-kes yang berkaitan dengan dadah. (AH) Dalam hal ini, pihak polis harus mengumpulkan bukti yang kukuh supaya penagih dadah atau pengedar dadah tidak terlepas daripada hukuman yang sepatutnya. (AC) Sebagai contohnya, kes-kes pengedaran dadah hendaklah diberi keutamaan kerana hukuman yang dikenakan, iaitu hukuman gantung sampai mati akan menakutkan pihak yang ingin melibatkan diri dalam kegiatan tersebut. (AH) Pihak mahkamah memainkan peranan penting untuk mempercepat kes-kes yang berprofil tinggi supaya pihak yang terlibat kes ini dapat dijatuhi hukuman dengan segera. (AP) Melalui tindakan ini, semua pihak akan mengetahui bahawa pihak kerajaan memandang serius akan kes ini dan tidak berkompromi dengan mana-mana pihak tang terlibat dengan aktiviti pengedaran dan penagihan dadah.
Hadirin sekalian,
Akhir sekali, (AJ) undang-undang harus diperketat dan dikuatkuasakan supaya masyarakat mengetahui akibat menjadi seorang penagih atau pengedar dadah. (AH) Mereka yang bersalah mestilah dihadapkan ke muka pengadilan. Dalam hal ini, pihak berkuasa hendaklah bertindak tegas tanpa memilih bulu atau kedudukan mereka. (AC) Sebagai contohnya, sesiapa yang terlibat dalam kes pengedaran atau penagihan dadah hendaklah dikenakan hukuman yang berat seperti hukuman penjara atau sebat kepada penagih dadah yang berulang dan hukuman mati mandatori kepada pihak yang mengedarkan dadah. (AH) Selain itu, mereka yang ditangkap kerana terlibat dengan dadah tidak boleh dijamin. (AP) Tegasnya, penguatkuasaan undang-undang yang tegas dan berat akan dapat menakutkan sesiapa sahaja untuk terlibat dengan dadah kerana sekali kena dua kali jalan tahu..
(AF) Sebelum saya mengundur diri, ingin saya tegaskan bahawa (A Cdgn) kerajaan atau pihak yang berkenaan harus memainkan peranan untuk meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap dadah. Dalam hal ini, (A Cdgn) semua pihak perlu memainkan peranan untuk membasmi dadah di negara ini. (AF) Oleh sebab masa yang tidak mengizinkan, saya akhiri syarahan saya dengan serangkap pantun.
Mencari nafkah berhijrah ke kota
Bertemu rakan tak kira masa
Jauhi dadah tanggungjawab kita
Hidup bahagia negara sentosa
(AF) Sekian, terima kasih.
Analisis Unsur yang Menarik dalam Karangan
Kata yang menarik | Makna |
1. berkompromi 2. mandatori | 1. bertolak ansur 2. mesti atau wajib dilaksanakan |
Peribahasa | |
1. memilih bulu 2. | Pilih kasih |
1. sekali kena dua kali jalan tahu. | 1. berasa serik setelah didenda |
No comments:
Post a Comment