Sunday, 22 December 2013

Cara ke Galeri Buku C-G di Bandar Bukit Mahkota

1. Anda dari Kuala Lumpur

2. Teruskan perjalanan dengan mengikuti susu keluar di Bandar Seri Putra dan Bandar Bukit Mahkota.
 3. Teruskan perjalanan ke Plaza Tol Putra Mahkota.
 4. Jangan lupa bayar tol.
 5. Selepas plaza tol, anda akan sampai di simpang empat. Teruskan perjalanan. Jangan belok ke kiri atau ke  kanan.
 6. Kedudukan simpat empat selepas Plaza Tol Putra Mahkota.
 7. Selepas anda melalui simpat empat tersebut, anda akan dapat menyaksikan sebuah stesen minyak Petronas. Teruskan  perjalanan hingga anda menyaksikan papan tanda pusingan U.
 8. Apabila tiba di pusingan U ini, anda hendaklah membelok ke kanan dan teruskan perjalanan.
 9. Semasa anda meneruskan perjalanan, anda akan menyaksikan satu baris bangunan kedai dan di hujungnya terletak sebuah Restoran tersebsar di Bandar Bukit Mahkota, iaitu Restoran Asik Maju. Sila belok ke kiri dan teruskan perjalanan.
 10. Sebaik-baik sahaja anda menemukan Jalan BM 2/5, sila belok ke kanan dan kenal pasti rumah yang bernombor 11. Di sinilah terletaknya Galeri Buku C-G (Galeri Buku Cikgu Ghalib)
 11. Inilah Galeri Buku C-G. Warna bangunannya ialah warna kuning pinang masak. Terdapat pelbagai buku yang saya hasilkan dijual di sini. Di sini jugalah saya menghabiskan masa untuk menulis untuk membimbing murid dalam bahasa Melayu dan permainan catur. Pada 24 hingga 26 Disember 2013, rakan penulis, iaitu Adnan Shimin akan bertandang ke sini untuk menyiapkan buku Tatabahasa HOT SPM 2014.

No comments:

Post a Comment