Tiga (3) soalan akan dikemukakan:
Soalan 1-Karangan Rangsangan-Maklumat yang mempunyai 4 isi akan dimasukkan. Anda mestilah menggunakan keempat-empat isi tersebut. Isi tersebut hendaklah dimasukkan dalam ayat judul. Karangan yang ditulis mestilah terdiri daripada 6 perenggan, iaitu 1 perenggan pengenalan, 4 perenggan isi dan 1 perenggan kesimpulan. Perenggan pengenalan mestilah mempunyai 4 ayat, iaitu AR1, AR2, AR3 dan AA. Perenggan Isi pula mestilah terdiri daripada AJ, AH, AC dan AP. Perenggan kesimpulan pula terdiri daripada 4 ayat juga. Antara ayat yang perlu ada dalam perenggan kesimpulan ialah A Ksmpln, A Cdgn, A Hrpn, A Pndpt, A Pnln dan sebagainya. Anda tidak perlu melabel semua ayat dalam karangan tersebut. Jumlah perkataan yang pelru dihasilkan adalah antara 240 hingga 250 patah perkataan. Setiap perenggan hendaklah terdiri daripada 40 hingga 45 patah perkataan.
Soalan 2 ialah soalan tentang kesalahan ejaan dan imbuhan. Sila bina kotak seperti yang berikut:
Ejaan | Imbuhan | ||
Salah | Betul | Salah | betul |
| | | |
| | | |
| | | |
Anda mestilah mengenal pasti ejaan yang salah ( ½ markah) dan membetulkan kesalahan tersebut (1/2 markah).
Soalan 3 ialah soalan tentang kesalahan kata atau istilah dan soalan tentang kesalahan bahasa. Sila bina kotak seperti yang berikut:
Kesalahan kata atau istilah | Kesalahan bahasa | ||
Salah | Betul | Salah | betul |
| | | |
| | | |
| | | |
Anda mestilah mengenal pasti kesalahan kata atau istilah atau kesalahan bahasa ( ½ markah) dan membetulkan kesalahan tersebut (1/2 markah).
No comments:
Post a Comment