Thursday 5 January 2012

Muridku Kelas 4 Sabar

Ketekunan murid Kelas 4 Sabar meningkatkan semangat saya untuk mengajar mereka.

Saya amat yakin bahawa saya mampu membantu semua murid kelas ini untuk mendapat A+ dalam Bahasa Melayu SPM 2013.

Walaupun baru hari pertama mempelajari mata pelajaran Bahasa Melayu, murid Kelas 4 Sabar telah menunjukkan kesungguhan.

Saya menyukai Kelas 4 Sabar kerana kelas ini bersih dan ceria.

1 comment:

  1. Saya suka melihatnya....satu pendekatan psikologi yang sangat baik....tahniah kerana membuatkan murid-murid rasa dihargai....tahniah....

    ReplyDelete