Saturday 14 January 2012

Panduan Menulis Rumusan SPM


  • Soalan 1 dalam Kertas 2 Bahasa Melayu SPM.
  • Soalan ini memperuntukkan tiga puluh (30) markah.
  • Dari segi binaan perenggan, murid bebas menulis rumusan sama ada dalam satu, dua, tiga, atau empat perenggan. Namun demikian, murid dicadangkan supaya menulis rumusan dalam empat (4) perenggan seperti yang di bawah ini:

PERENGGAN 1 --- PENGENALAN
PERENGGAN 2 --- ISI-ISI TERSURAT
PERENGGAN 3 --- ISI-IS1 TERSIRAT
PERENGGAN 4 --- KESIMPULAN

  • Dari segi bilangan perkataan pula, murid  dikehendaki menulis rumusan antara 100 hingga 120 patah perkataan.
  • Soalan rumusan mempunyai dua kata kunci atau dua tugasan. Contoh: Buat satu rumusan tentang kepentingan (Kata Kunci 1) mengusahakan pertanian organik di negara kita dan usaha-usaha (Kata Kunci 2) yang perlu diambil untuk memajukannya.
  • Kata kunci yang pertama ialah tugasan untuk menyatakan isi tersurat.
  • Kata kunci yang kedua ialah tugasan untuk menyatakan isi tersirat.
  • Sila lihat bahagian pengenalan, isi tersurat, isi tersirat dan kesimpulan berdasarkan soalan yang di bawah ini:


Baca petikan di bawah dengan teliti. Kemudian buat satu rumusan tentang keistimewaan bioteknologi  dan langkah-langkah untuk menggalakkan rakyat untuk menceburi bidang tersebut .Panjang rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan”



  1. Pengenalan:

  • Pengenalan rumusan ialah satu ayat yang dapat menyatakan kandungan petikan secara keseluruhan.
  • Bahagian pengenalan mestilah mempunyai empat (4) elemen seperti yang di bawah ini:

(1)Petikan menyatakan
(2)Kata kunci (sinonim)
(3) Unsur 1 (tema)
(4)Unsur 2 (lingkungan/ sasaran)

  • Unsur 2,  iaitu kata kunci dalam soalan rumusan mestilah ditukarkan kepada kata kunci yang bersinonim seperti yang di bawah ini:

ciri
peranan
kesan
kekangan
kriteria
tanggungjawab
implikasi
halangan
Sifat-sifat
tugas
impak
masalah

kewajipan
akibat
cabaran

fungsi



kebaikan
faktor
langkah

manfaat
punca
usaha

faedah
Sebab-sebab
Cara

keistimewaan

strategi

kelebihan

tindakan



  • Contoh pengenalan:
(1)  Petikan membincangkan  (2) kebaikan (3) bioteknologi (4) di negara kita.

  1. Isi tersurat
  • Jawapan isi tersurat hendaklah berdasarkan kata kunci pertama dalam soalan.
  • Murid dikehendaki mengemukakan isi tersurat sebaik-baiknya enam (6).
  • Setiap isi hendaklah disambungkan dalam bentuk perenggan dengan menggunakan penanda wacana seperti yang terdapat di dalam jadual yang di bawah ini:


Kebaikannya
ialah petani dapat bercucuk tanam walaupun di kawasan tanah yang tidak subur.
Selain itu,
bioteknologi dapat membantu petani untuk mengatasi masalah serangga perosak.
…. Juga….
Bioteknologi juga dapat menghasilkan padi yang bermutu tinggi.
Di samping itu,
bioteknologi yang tidak menggunakan racun perosak dapat memelihara alam sekitar.
Seterusnya,
bioteknologi dalam bidang pertanian dapat mengatasi masalah rumpai.
Bukan itu sahaja,
bioteknologi dapat menghasilkan makanan yang berkhasiat dan bervitamin.
Akhir sekali
bioteknologi mampu merawat bahan-bahan buangan bertoksik yang berbahaya.

  1. Isi tersirat
·         Jawapan isi tersirat hendaklah berdasarkan kata kunci kedua soalan rumusan.
·         Murid dikehendaki mengemukakan isi tersirat sekurang-kurangnya dua (2).
·         Jumlah isi tersirat bergantung pada jumlah isi tersurat. Jumlah isi tersurat dan tersirat adalah dalam nisbah 2: 6, 3: 5, 4: 4, 5:3, 6: 6.
·         Setiap isi tersurat dan tersirat akan diperuntukkan 2 markah.
·         Contoh ayat dan penanda waca untuk isi tersirat adalah seperti yang berikut:


Usaha (tema)

Usaha untuk menggalakkan rakyat menceburi bidang ini ialah pihak kerajaan hendaklah memperbanyak kursus Bioteknologi di universiti.
Selain itu,
kerajaan hendaklah memberikan anugerah kepada saintis negara yang menghasilkan dapatan bioteknologi yang terbaharu.


  1. Kesimpulan


  • Jawapan kesimpulan mestilah mempunyai tujuh (7) elemen . Contoh:

(1)  Kesimpulannya, (2) semua pihak (3) perlu (4) menyokong (5) bidang sains sukan (6) supaya (7) negara dapat melahirkan atlet yang bertaraf dunia.
  • 7 Elemen tersebut ialah:

(1)  Kesimpulan (penanda wacana)
(2)  Semua pihak (jika melibatkan banyak pihak)
(3)  Perlu (kata bantu)
(4)  Menyokong (tindakan)
(5)  Bidang sains sukan (tema)
(6)  Supaya (kata hubung)
(7)  Negara dapat melahirkan atlet yang bertaraf dunia (kesan/harapan)

·         Elemen (2) hingga (5) ialah cadangan, manakala elemen (7) ialah kesan daripada cadangan atau harapan.

Contoh jawapan lengkap:

Petikan membincangkan  kebaikan bioteknologi di negara kita.

            Kebaikannya  ialah petani dapat bercucuk tanam walaupun di kawasan tanah yang tidak subur. Selain itu, bioteknologi dapat membantu petani untuk mengatasi masalah serangga perosak. Bioteknologi juga dapat menghasilkan padi yang bermutu tinggi. Di samping itu, bioteknologi yang tidak menggunakan racun perosak dapat memelihara alam sekitar. Seterusnya, bioteknologi dalam bidang pertanian dapat mengatasi masalah rumpai. Bukan itu sahaja, bioteknologi dapat menghasilkan makanan yang berkhasiat dan bervitamin. Di samping itu, bioteknologi dapat menghasilkan insulin untuk pesakit diabetis. Akhir sekali, bioteknologi mampu merawat bahan-bahan buangan bertoksik yang berbahaya.

            Usaha untuk menggalakkan rakyat menceburi bidang ini ialah pihak kerajaan hendaklah memperbanyak kursus Bioteknologi di universiti. Selain itu, kerajaan hendaklah memberikan anugerah kepada saintis negara yang menghasilkan dapatan bioteknologi yang terbaharu.

            Kesimpulannya, semua rakyat hendaklah menceburi bidang bioteknologi supaya dapat memajukan sektor pertanian di negara kita.

Kesalahan Bahasa yang sering dilakukan dalam rumusan:

Salah
betul
Petikan menyatakan tentang kebaikan bioteknologi….
Petikan menyatakan kebaikan bioteknologi….
Salah satu daripada kebaikan bioteknologi..
Salah satu kebaikan bioteknologi..
Satu daripada kebaikan bioteknologi
Satu daripada kebaikannya ialah…
Antara kebaikan-kebaikan bioteknologi ialah…
Antara kebaikan bioteknologi ialah…
Antara kebaikannya ialah …
Selain daripada itu,
Selain itu, ….
Sehubungan itu,
Sehubungan dengan itu,
Justeru, tambahan pula, manakala dan sementelahan jika digunakan sebagai penanda wacana
Jika digunakan sebagai kata hubung

Panduan Menjawab Soalan Pemahaman

  • Soalan pemahaman yang dikemukakan berdasarkan petikan soalan rumusan.
  • Tiga soalan yang perlu dijawab oleh calon terdiri daripada :
(a)  Soalan tentang maksud rangkai kata.
(b)  Soalan tentang maklumat yang terdapat dalam petikan.
(c)  Soalan tentang KBKK atau pengetahuan calon yang berkaitan dengan tema petikan.
  • Markah yang diperuntukkan sebanyak 9 markah.
  • Maksud rangkai kata yang dikemukakan hendaklah dalam bentuk padanan kata dengan kata atau frasa dengan frasa, dan bukannya huraian. Contoh: Apakah maksud rangkai kata masa senggang?.
masa
senggang
waktu
lapang
     Maksud rangkai kata masa senggang ialah waktu terluang.

  • Namun demikian, jika maksud rangkai kata tersebut dalam bentuk peribahasa, jawapan yang diberikan mestilah berdasarkan maksud peribahasa tersebut. Contoh: Apakah maksud rangkai kata muafakat membawa berkat? Jawapan: Maksud rangkai kata muafakat membawa berkat ialah pekerjaan yang dilakukan bersama-sama akan dihasilkan dengan lebih baik.


No comments:

Post a Comment