2. Cara menulis perenggan pengenalan yang mempunyai 3AR dan 1AA:
Sebagai ulang kaji: Sila baca yang di bawah ini: JIka anda proaktif, sila cetak dan tanpal dalam buku latihan:
Panduan Umum Penulisan Karangan
Untuk memastikan pelajar dapat mentakrif soalan dengan tepat, pelajar mestilah mempunyai strategi tertentu. Strategi yang dicadangkan ialah T, K, F. Maksudnya ialah calon dikehendaki meneliti soalan karangan daripada tiga perkara, iaitu Tema (T), Kata kunci soalan (K) dan Format (F). Lihat soalan karangan contoh di bawah ini:
Soalan Contoh: Anda ingin menulis rencana tentang faktor-faktor yang menarik kehadiran pelancong ke negara kita untuk dimuatkan dalam majalah sekolah. Tulis rencana tersebut selengkapnya. |
Ulasan:
Sebelum menjawab soalan karangan ini, pelajar mestilah menentukan tema karangan tersebut. Karangan ini bertemakan peperangan (T= Pelancongan). Kata kunci soalan karangan ini ialah faktor (K= Faktor), manakala format karangan ini ialah berformat umum, iaitu karangan jenis pendapat yang memerlukan perenggan pengenalan, perenggan isi dan penutup. (F= Rencana). Ringkasnya:
Tema | Pelancongan |
Kata Kunci | Faktor |
Format | Rencana |
Selepas aspek ini ditentukan, barulah calon menulis rangka karangan tersebut seperti yang di bawah ini:
Isi: 1. memiliki pantai yang bersih dan cantik. 2. banyak mempunyai tempat yang menarik 3. mempunyai makanan tradisi yang enak dan lazat 4. negara kita yang aman dan damai |
Perenggan Pengenalan
Perenggan pengenalan hendaklah mempunyai dua jenis ayat, iaitu ayat rangsangan (AR) dan Ayat Arahan (AA). Ayat rangsangan(AR) ialah ayat yang berkaitan dengan tema, manakala ayat arahan (AA) ialah ayat yang menjawab soalan atau kata kunci karangan. Contoh:
(AR) Akhir akhir-akhir ini, negara kita menjadi tumpuan pelancong dari seantero dunia. (AR) Hal ini menyebabkan sektor pelancongan memberikan sumbangan yang besar kepada pendapatan negara. (AR) Selain itu, industri pelancongan telah membuka peluang pekerjaan kepada rakyat tempatan. (AA) Sebenarnya, terdapat banyak faktor yang menyebabkan pelancong menjadikan negara kita sebagai destinasi mereka. |
No comments:
Post a Comment