Keunikan Kata Nama
Dalam beribu-ribu perkataan yang terdapat dalam bahasa Melayu, sebenarnya terdapat empat sahaja golongan kata, iaitu kata nama, kata kerja, kata adjektif dan kata tugas. Tahukah anda apakah kata nama? Kata nama ialah perkataan yang menerangkan nama bagi sesuatu benda atau konsep. Secara umumnya, terdapat tiga jenis kata nama, iaitu kata nama am, kata nama khas dan kata ganti nama. Sudahkah anda menguasai kata nama? Sebelum anda mengenal kata kerja, kata adjektif atau kata tugas anda mestilah mengenal ketiga-tiga jenis kata nama tersebut.
Kata nama am ialah perkataan yang menyatakan makna benda, perkataan atau konsep yang umum sifatnya. Kata nama am dapat dibahagi kepada beberapa golongan kecil seperti yang berikut:
Golongan Kata Nama | Contoh |
Kata nama am hidup manusia | guru, tentera, |
Kata nama am hidup bukan manusia | itik, jejentik |
Kata nama am tak hidup institusi | institut perguruan, ,hospital, sekolah, |
Kata nama am tak hidup bukan institusi konkrit | kereta , bas, meja, laut, ,jalan |
Kata nama am tak hidup bukan institusi abstrak berbilang: | Cerita, perkataan,drama, penilaian |
Kata nama am tak hidup bukan institusi abstrak tak berbilang | roh, kejernihan, masalah ,ukuran, kisah, pendapat |
Kata nama khas pula merupakan kata nama yang merujuk nama sesuatu benda yang khusus dan ejaannya berpangkalkan huruf besar. Kata nama khas terdiri daripada kata nama khas hidup dan kata nama khas tak hidup seperti yang di bawah ini:.
Kata Nama Khas | Contoh |
Kata Nama Khas Hidup manusia | Perdana Menteri, Syarifah, David, |
Kata Nama Khas Hidup bukan manusia | Sang Kancil, Tompok, Si Galak |
Kata Nama Khas Tak Hidup tempat | Kedah Darul Aman, Malaysia, England, Kuala Lumpur , Bandar Sri Begawan, Taman Indah, Kampung Baru |
Kata Nama Khas Tak Hidup tempat | Daya bumi, Bank Negara, Masjid Negara, Bangunan , Berkembar Petronas, Menara Kuala Lumpur |
Kata Nama Khas Tak Hidup judul buku atau filem | Harga Sebuah Lukisan, Merenang Kota, Ombak Rindu |
Kata ganti nama pula ialah perkataan yang tugasnya menjadi pengganti kepada kata nama. Terdapat beberapa jenis kata ganti nama seperti yang di bawah ini:
Kata Ganti Nama | Contoh: |
Kata Ganti Nama Tunjuk | itu, ini |
Kata Ganti Nama Diri Pertama | saya, aku, beta, patik, kami, kita |
Kata Ganti Nama Diri Kedua | anda, engkau, awak, kamu, kalian, |
Kata Ganti Nama Diri Ketiga | ia, dia, mereka, -nya, beliau, baginda, |
Kata Ganti Nama Tak Tentu | apa-apa, siapa-siapa, bila-bila, berapa-berapa |
Kata Ganti Nama Tanya | apa, siapa, mana |
Kata Ganti Nama Tempat | sini, situ, sana |
Untuk mengenal sama ada sesuatu perkataan tersebut kata nama atau bukan, sila letakkan kata bilangan di hadapan perkataan tersebut. Jika perkataan tersebbut boleh didampingi oleh kata bilangan, maka perkataan itu ialah kata nama. Lihat yang di bawah ini:
Perkataan | Kata bilangan + Kata Nama |
menteri | lima orang menteri |
itik | dua ekor itik |
pendapat | lima pendapat |
Untuk mengetahui jenis kata nama secara terperinci, anda hendaklah meneliti ciri-ciri atau sifat sesuatu benda atau konsep tersebut seperti yang berikut:
Kata Nama | Ciri atau sifat |
Cerita | (i) Kata nama (ii) Am (iii) Tak hidup (iv) Bukan istitusi (v) Abstrak (vi) berbilang |
Jenis kata nama: | Kata nama am tak hidup bukan institusi abstrak berbilang: |
Secara keseluruhannya, kewujudan pelbagai jenis kata nama memang unik. Seseorang itu dapat mengenal kata nama dengan mudahnya jika mengetahui cara untuk mengenal perkataan tersebut. Jika anda telah mengenal kata nama, anda sudah tentu dapat membina raja yang menggambarkan subgolongan kata nama seperti dalam rajah yang di bawah ini:
No comments:
Post a Comment