Saturday 14 January 2012

Modul C – G dalam penulisan rumusan Oleh Abdul Ghalib bin Yunus

Modul Cikgu Ghalib atau Modul C  - G ialah satu panduan terarah yang dirangka untuk membimbing murid menulis rumusan mengikut langkah demi langkah dengan bimbingan guru. Modul ini sesuai digunakan untuk murid sederhana dan lemah. Bagi murid yang cemerlang, mereka boleh menggunakan modul ini pada peringkat awal sahaja, Selepas mereka memahami teknik penulisan rumusan, mereka tidak perlu menggunakan Modul C – G ini.

Sebelum menggunakan modul ini, murid perlu mengetahui beberapa konsep yang berkaitan dengan rumusan. (Sila baca `Pabduan Menulis Rumujsan SPM)

Contoh melaksanakan Modul C – G dalam Pengajaran dan Pembelajaran Rumusan:

Langkah 1: Membina Pengenalan
·         Murid membaca soalan rumusan dan petikan kemudian mereka melengkapkan jadual di bawah ini:
Pengenalan:
Elemen 1
Elemen 2
Elemen  3
Elemen 4





·         Murid menyambungkan semua elemen tersebut dalam ayat yang lengkap.

Langkah 2: Membina Perenggan Isi Tersurat
·         Murid membaca petikan dan mengenal pasti enam (6) isi penting berdasarkan kata kunci soalan.
·         Murid mengisikan setiap isi penting tersebut di dalam jadual yang di bawah ini.
Kata kunci + nya ialah:

Selain itu,

…. Juga….

Di samping itu,

Seterusnya,

Bukan itu sahaja,

Akhir sekali

·         Murid menyambungkan semua ayat tersebut dengan menggunakan penanda wacana dalam satu perenggan.

Langkah 3: Membina Perenggan Isi Tersirat
·         Dengan bimbingan guru, murid diminta untuk mencari isi berdasarkan kata kunci yang terdapat dalam bahagian kedua soalan rumusan.
·         Murid hendaklah melengkapkan jadual di bawah ini:
Kata kunci + (tema)+ ialah

Selain itu,


Langkah 4: Membina ayat kesimpulan
·         Murid membuat kesimpulan dengan mengisi tempat kosong yang di bawah ini:
Kesimpulan:
Elemen 1:

Elemen 2:

Elemen 3:

Elemen 4:

Elemen 5:

Elemen 6:

Elemen 7:



·         Murid menyambung semua elemen tersebut dalam ayat yang lengkap seperti yang di bawah ini.

(1)Kesimpulannya, (2)______________ (3) perlu (4)___________________(5)
______________________ (tema) (6) supaya (7) ______________________.

Langkah 5: Menulis Rumusan lengkap
Murid  menulis rumusan yang terdiri daripada empat perenggan .

No comments:

Post a Comment