Saturday 8 March 2014

Simposium Guru-guru Bahasa Melayu di Puteri Resort Melaka pada 12 Mac 2014.

Program ini akan dihadiri oleh guru-guru Bahasa Melayu MRSM dari seluruh negara. Tajuk kertas kerja yang akan saya bentangkan ialah "Pengajaran Bahasa Melayu dengan menggunakan Kaedah Didik Hibur". Semasa pembentangan ini, saya akan menyanyikan sebuah lagu yang bertajuk "Apitan me-i dan me-kan". Sesiapa yang berminat untuk mendapatkan bahan yang lengkap tentang kertas kerja tersebut termasuk koleksi artikel yang berkaitan dengan apitan me-i dan me-kan dalam bahasa Melayu serta CD lagu tersebut, sila buat pesanan seperti yang dinyatakan di dalam blog ini.

No comments:

Post a Comment